AGENDA

Bintang Gombak juara Liga Junior FAS Westports

1 Nov 2022, 3:08 AM
Bintang Gombak juara Liga Junior FAS Westports
Bintang Gombak juara Liga Junior FAS Westports

SHAH ALAM, 1 NOV: Bintang Gombak muncul juara Liga Junior FAS Westports 2022 Bawah 17 (B-17) selepas menewaskan MBSA 1-0 dalam perlawanan akhir di Padang Pusat Latihan FAS di sini pada 30 Oktober.

Jaringan tunggal Nazrul Nazri tiga minit sebelum perlawanan tamat memisahkan kedudukan kedua-dua pasukan sekali gus muncul juara kategori B-17.

Ballhunter FC mengungguli kategori B-15 selepas menewaskan Genpro 3-0. Sebelum itu, Ballhunter FC turut menang dalam penentuan sepakan penalti 3-1 di peringkat separuh akhir menentang MBSA.

Young Guns turut cemerlang menerusi pasukan B-8 dan B-12 apabila menang dua perlawanan akhir.

Menjaringkan 71 gol sepanjang kejohanan, Young Guns B-8 menumpaskan PKNS 7-3 dalam saingan akhir sementara B-12 pasukan itu menundukkan MBSA 1-0 hasil jaringan tunggal Ammar Husain.

Bagi kategori B-10, KB Juniors Bangi (KBJB) selaku naib juara kumpulan C dinobat juara menewaskan MBSA 3-0.

[caption id="attachment_547020" align="aligncenter" width="708"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menyampaikan anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Junior FAS Westports 2022 kategori B-17 kepada penjaga gol Bintang Gombak Amiman Zikri. Foto Persatuan Bolasepak Selangor[/caption]

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Selangor berkenan mencemar duli menyaksikan perlawanan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.