AGENDA

Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing bersama bapa

26 Okt 2022, 5:01 AM
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing bersama bapa

SHAH ALAM, 26 OKT: Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika memancing bersama ayah dan adiknya di Sungai Gong, Rawang malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.28 malam dan segera ke lokasi kejadian, lapor Berita Harian.

Norazam Khamis berkata siasatan mendapati kejadian membabitkan tiga ahli keluarga hanyut ketika cuba menyeberangi sungai selepas aktiviti memancing.

"Sebaik tiba, bomba mendapati dua mangsa sudah diselamatkan oleh pemancing lain yang berada di situ.

"Manakala remaja lelaki berumur 16 tahun hilang dibawa arus deras," katanya.

Mangsa yang terselamat adalah Che Azmi Che Hussin, 45, dan Mohammad Faiz Iqbar Che Azmi, 15 sementara mangsa hilang Muhammad Alif Fahmi Abdullah, 16, anak tiri kepada Che Azmi.

Operasi pencarian masih diteruskan pada pagi ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.