ad
AGENDA

Selangor Gema Insan 2022 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam Jumaat, Sabtu ini

12 Okt 2022, 5:44 AM
Selangor Gema Insan 2022 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam Jumaat, Sabtu ini
Selangor Gema Insan 2022 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam Jumaat, Sabtu ini

HAH ALAM, 12 OKT: Kerajaan Negeri menganjurkan program Selangor Gema Insan 2022 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober ini, mulai 6 petang hingga 12 tengah malam.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga disediakan antaranya forum perdana, konsert nasyid dan pertandingan qasidah serta nasyid.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang berjumpa dengan kumpulan nasyid Hijjaz, Rabbani selain pendakwah terkenal Ustaz Haslin Bollywood, Dr Izhar Aruff dan Pencetus Ummah (PU) Hafiz.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan EXCO Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman turut dijadual hadir memeriahkan program tersebut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.