AGENDA

Paras empat sungai naik, penduduk berdekatan diminta waspada

12 Okt 2022, 2:47 AM
Paras empat sungai naik, penduduk berdekatan diminta waspada

SHAH ALAM, 12 OKT: Penduduk di negeri ini yang tinggal berdekatan sungai diminta mengambil langkah berjaga-jaga selepas empat sungai mencatat paras amaran dan waspada susulan hujan lebat pagi ini.

EXCO infrastruktur berkata Sungai Selangor di daerah Kuala Selangor dan Sungai Labu (daerah Sepang) mencatat aras amaran manakala Sungai Klang (daerah Klang) dan Sungai Beranang (daerah Hulu Langat) pada aras waspada.

Ir Izham Hashim juga memaklumkan status hujan semasa di Selangor adalah dalam kategori lebat dengan merekodkan bacaan hujan 31-60  milimeter dalam masa satu jam.

"Dua sungai iaitu Sungai Selangor di daerah Kuala Selangor dan Sungai Labu di daerah Sepang mencatatkan aras amaran. Manakala dua lagi sungai iaitu Sungai Klang di daerah Klang dan Sungai Beranang di daerah Hulu Langat mencatatkan aras waspada.

"Saya mohon agar penduduk yang berdekatan dengan sungai mengambil langkah berjaga-jaga serta sentiasa mengikuti laman sesawang

https://publicinfobanjir.water.gov.my untuk kemas kini situasi banjir ketika ini," katanya di Facebook.