AGENDA

Jualan murah di sembilan lokasi esok, orang ramai dijemput hadir

26 Sep 2022, 8:37 AM
Jualan murah di sembilan lokasi esok, orang ramai dijemput hadir
Jualan murah di sembilan lokasi esok, orang ramai dijemput hadir

SHAH ALAM, 26 SEPT: Lori Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang membawa barangan keperluan harian pada harga murah diteruskan ke sembilan lagi esok.

Jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu berlangsung bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Berikut senarai lokasi JER:

- Depan masjid At Tuqa (DUN Sungai Burong)

- Balai MPKK Kampung Parit Serong (DUN Permatang)

- Dewan orang ramai (DUN Bukit Melawati)

- Puteri Central Park (DUN Kuang)

- Parking PKM DUN Hulu (DUN Hulu Kelang)

- Kompleks Penghulu (DUN Pandan Indah)

- Rumah Pangsa SS19/7A (DUN Subang Jaya)

- Parkir Desa Sepakat (DUN Taman Medan)

- Dataran Al Ulum (DUN Tanjong Sepat)

Program itu menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM6 per pek).

Inisiatif jualan murah PKPS melalui lori dianjurkan menerusi program bersama wakil rakyat setempat ke 160 lokasi hingga hujung tahun ini.