ad
AGENDA

Gandingan atlet petanque Selangor raih emas di SUKMA

21 Sep 2022, 1:39 PM
Gandingan atlet petanque Selangor raih emas di SUKMA

SHAH ALAM, 21 SEPT: Pasukan petanque Selangor merangkul emas dalam acara mixed double pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 hari ini.

Pingat itu diraih pasangan Muhammad Fairuz Muhammad Said dan Nur Adilah Ramli pada temasya yang berlangsung di Arena Petanque Kuala Lumpur.

"Pasukan petanque Selangor menyumbangkan pingat emas menerusi gandingan Muhammad Fairuz Muhammad Said dan Nur Adilah Ramli bagi acara mixed double yang berlangsung di Arena Petanque Kuala Lumpur.

"Terima kasih dan tahniah," tulis Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor di Instagram.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.