ad
AGENDA

Atlet Wai Ching pamer aksi cemerlang, 'tawan' Menara Zagreb

4 Sep 2022, 12:14 AM
Atlet Wai Ching pamer aksi cemerlang, 'tawan' Menara Zagreb

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Jaguh larian menara dunia, Soh Wai Ching, telah merangkul gelaran di Zagreb, Croatia, semalam, dalam melengkapkan usaha untuk cubaan juara berganda dalam Kejohanan Larian Menara Eropah.

Atlet berusia 28 tahun itu menampilkan larian cemerlang apabila mengungguli kategori keseluruhan Cabaran Menara Zagreb (Zagrepcanka 512) dengan mendaki 490 anak tangga dan 25 tingkat (ketinggian 83.3 meter) dengan catatan masa dua minit 38 saat.

Bagaimanapun, beliau ketinggalan hanya empat saat untuk memperbaharui rekod 2:34s.

Pelari tuan rumah, Kristian Rubinic di tempat kedua dengan catatan masa 2:55s manakala rakan senegara, Danijel Pecek di tangga ketiga dengan masa 2:58s.

Pada 29 Ogos lalu, Wai Ching mempertahankan kejuaraan Kolnturm Treppenlauf (Cologne Towerrun) dengan rekod baharu serta menjuarai kategori keseluruhan Kejohanan Larian Menara Jerman (Cabaran Menara Cologne) dengan mendaki 714 anak tangga di bangunan 39 tingkat dalam masa 3:17s.

- BERNMAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.