ad
AGENDA

Banjir kilat di Kuis, pelajar dan kakitangan dinasihat berwaspada

29 Ogos 2022, 3:31 PM
Banjir kilat di Kuis, pelajar dan kakitangan dinasihat berwaspada

SHAH ALAM, 29 OGOS: Pelajar dan kakitangan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dinasihatkan supaya berwaspada susulan banjir kilat yang melanda petang tadi.

Rektornya Dato' Dr Mohd Farid Ravi Abdullah berkata hujan berterusan sepanjang petang tadi mengakibatkan kawasan kampus dinaiki air.

"Saya menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar seluruh warga Kuis diberikan keselamatan daripada bencana ini.

"Saya turut berharap agar seluruh pelajar dan kakitangan bertenang serta sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga," katanya menerusi Facebook.

Antara lokasi terjejas di kawasan Kuis ialah parkir bangunan pentadbiran, Masjid Al-Azhar, kediaman pelajar dan beberapa kawasan rendah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.