ad
AGENDA

MB: Lebih 4,000 usahawan terima manfaat Hijrah Selangor

24 Ogos 2022, 3:41 AM
MB: Lebih 4,000 usahawan terima manfaat Hijrah Selangor
MB: Lebih 4,000 usahawan terima manfaat Hijrah Selangor

SHAH ALAM, 24 OGOS: Lebih 4,000 usahawan sudah menerima manfaat Hijrah Selangor menerusi pembiayaan hampir RM70 juta.

Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan RM120 juta dalam Belanjawan 2022 untuk membiaya usahawan selain mewujudkan skim baharu dengan pinjaman sehingga RM100,000.

“Bantuan kepada usahawan Selangor sentiasa dijamin bagi menggerakkan ekonomi negeri dan mewujudkan peluang pekerjaan,” tulis Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook.

Beliau berkata Kerajaan Negeri berbesar hati melihat kesungguhan usahawan dalam mengembangkan perniagaan dan sentiasa berusaha merangka skim sokongan bersesuaian.

Menurut Amirudin Kerajaan Negeri akan terus membantu dan menilai maklum balas bagi menambah baik program sedia ada.

“Lebih ramai usahawan berjaya yang dilahirkan, bertambah makmur negeri ini,” katanya.

Pada 26 November tahun lalu, Amirudin membentangkan Belanjawan Selangor 2022 dan mengumumkan beberapa penambahbaikan dalam skim pembiayaan Hijrah melibatkan dana berjumlah RM120 juta.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.