ad
ADN

Wakil rakyat sumbang petrol percuma, ringan beban 50 penunggang p-panggilan

20 Ogos 2022, 12:00 PM
Wakil rakyat sumbang petrol percuma, ringan beban 50 penunggang p-panggilan

SHAH ALAM, 20 OGOS: Seramai 50 penunggang p-panggilan menerima sumbangan petrol secara percuma daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning hari ini.

Wakil rakyatnya V Ganabatirau berkata program yang berlangsung di sebuah stesen minyak di Taman Sri Muda di sini bertujuan meringankan beban mereka.

"Program ini adalah kali ketiga untuk tahun ini dan semua motosikal penerima diisi minyak penuh secara percuma.

"Mungkin penghantar p-panggilan ini nampak senang tetapi sebenarnya mereka amat terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Oleh demikian, kita bantu mereka agar dapat meringankan beban sekali gus mendekati penerima yang bukan sahaja bujang tetapi berkeluarga malah ada yang berstatus ibu tunggal," katanya kepada Selangorkini.

Beliau yang juga EXCO kerajaan Negeri memaklumkan penghantar p-panggilan turut menerima air mineral, roti dan baucar kedai serbaneka 99 Speedmart bernilai RM20.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.