ad
ADN

300 penunggang motosikal terima sumbangan petrol percuma DUN Batang Kali

19 Apr 2023, 3:36 PM
300 penunggang motosikal terima sumbangan petrol percuma DUN Batang Kali

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 19 APRIL: Seramai 300 penunggang motosikal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali menerima sumbangan minyak petrol melalui Program Petrol Percuma Raya semalam.

Penyelaras DUN Saifuddin Shafi Muhammad berkata penunggang motosikal di bawah 250 cc itu menerima isian penuh minyak petrol bagi setiap tangki motosikal.

Menurutnya program yang berlangsung secara berperingkat di tiga stesen minyak dari jam 11 pagi hingga 5 petang itu dianjurkan Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali dengan kerjasama Kelab Belia Sentosa Rawang dan Penggerak Belia Selangor DUN Batang Kali.

"Tiga stesen minyak terlibat ialah Shell Ligamas Batang Kali, Petronas Serendah serta Petron Bukit Sentosa.

"Setiap stesen minyak menerima 100 penunggang motosikal untuk mengisi petrol," katanya ketika dihubungi hari ini.

Penyertaan Program Petrol Percuma Raya itu dibuka melalui Facebook minggu lalu khas untuk penunggang motosikal yang menetap di DUN Batang Kali.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.