AGENDA

Liga Super: Selangor tewas 0-2 kepada Terengganu FC

17 Ogos 2022, 3:28 PM
Liga Super: Selangor tewas 0-2 kepada Terengganu FC

SHAH ALAM, 17 OGOS: Selangor tewas 0-2 dalam perlawanan menentang Terengganu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Gol pertama skuad Penyu dijaringkan pemain tengah Habib Haroon pada minit ke-13 manakala Manny Ott menyumbang mata kedua pada minit ke-39.

Keputusan itu menyaksikan pasukan gergasi merah berada di kedudukan kesembilan dengan 16 mata, manakala Terengganu FC mengumpul 23 mata berada di kedudukan keempat.

Menurut laporan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), tiada insiden berlaku membabitkan perlawanan kedua-dua pasukan.

Seramai 2,250 penonton hadir menyaksikan perlawanan yang bermula jam 9 hingga 10.54 malam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.