AGENDA

Polis tahan lelaki disyaki gaduh, toreh muka rakan

16 Ogos 2022, 1:39 PM
Polis tahan lelaki disyaki gaduh, toreh muka rakan

KUALA LUMPUR, 16 OGOS: Polis menahan seorang lelaki di sini awal pagi ini yang disyaki menoreh muka rakannya menggunakan pisau lipat dalam satu pergaduhan di padang bola jaring di Merdeka Villa, Ampang, di sini minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di rumahnya di Semenyih dekat sini pada pukul 2 pagi tadi.

“Semakan mendapati beliau mempunyai 11 rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah manakala ujian awal saringan air kencing mendapati beliau positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya polis telah membawa lelaki itu ke Mahkamah Ampang pagi tadi bagi mendapatkan arahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.