AGENDA

Bekalan air di 188 kawasan Hulu Selangor pulih sepenuhnya

11 Ogos 2022, 12:10 AM
Bekalan air di 188 kawasan Hulu Selangor pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 11 OGOS: bekalan air di 188 kawasan Hulu Selangor yang terbabit dengan operasi penyenggaraan aset Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa pulih sepenuhnya pada jam 3 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengucapkan terima kasih kepada pengguna di kawasan terjejas atas kesabaran mereka.

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini," katanya di Facebook.

Sebelum ini, Air Selangor memaklumkan sebanyak 188 kawasan di Hulu Selangor terjejas bekalan selama tiga hari bermula Selasa lalu berikutan kerja selenggar LRA Sungai Rasa.

Ketua Komunikasi Korporat kata Elina Baseri berkata proses menaik taraf itu mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara demi masa depan pengguna.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.