ad
PBT

Google Malaysia bersih Pantai Kelanang, kutip 137kg sampah

31 Jul 2022, 8:00 AM
Google Malaysia bersih Pantai Kelanang, kutip 137kg sampah

SHAH ALAM, 31 JULAI: Seramai 30 kakitangan Syarikat Google Malaysia berserta ahli keluarga menyertai program membersihkan Pantai Kelanang, Banting semalam.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan sebanyak 137 kilogram (kg) sampah berupa botol minuman, plastik, kain dan lain-lain berjaya dikutip.

"Kakitangan Google Malaysia Sdn Bhd bersama ahli keluarga masing-masing turut serta dalam program ini.

"MPKL mengucapkan ribuan terima kasih kepada Google Malaysia," tulisnya di Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.