ad
PBT

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung di pesta Pantai Kelanang

8 Jun 2023, 2:40 PM
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung di pesta Pantai Kelanang
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung di pesta Pantai Kelanang

SHAH ALAM, 8 JUN: Orang ramai dipelawa menyertai Pesta Kelaut 2023 di Pantai Kelanang pada 17 Jun ini bermula jam 7.30 pagi hingga 3 petang.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan pelbagai aktiviti menarik disedia iaitu pertandingan mencari pepahat, sukan rakyat dan swafoto kreatif.

“Selain itu ada juga reruai pameran daripada pelbagai agensi seperti Tourism Selangor, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat), Institut Kraf Negara dan lain-lain.

“Ada juga jualan produk seni kraftangan, persembahan tarian tradisional dan demonstrasi masakan serta kesenian,” katanya di Facebook.

Pendaftaran penyertaan boleh dibuat menerusi imbasan kod QR yang disertakan pada poster yang tertera.

Sebarang pertanyaan hubungi Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat di talian 03-3180 3694 atau 012-3004 891.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.