AGENSI

Skuad Hidro Air Selangor tampil dua anggota baharu, tawar hadiah menarik

29 Jul 2022, 12:35 PM
Skuad Hidro Air Selangor tampil dua anggota baharu, tawar hadiah menarik
Skuad Hidro Air Selangor tampil dua anggota baharu, tawar hadiah menarik

SHAH ALAM, 29 JULAI: Air Selangor hari ini memperkenalkan dua anggota baharu Skuad Hidro yang akan tampil dalam siri 'Master Class Air Selangor'

Selain Nabil Ahmad dan Makcik Roastmah, siri 'Master Class Air Selangor' kini dianggotai Daniel Cheang dan Layla Sania.

"Nantikan siri baharu ‘Master Class Air Selangor’ bersama ‘Hydro Squad’ yang terdiri daripada Nabil Ahmad, Makcik Roastmah bersama ahli-ahli baru, Daniel Cheang dan Layla Sania.

"Ikuti ‘Master Class Air Selangor’ bersama ‘Hydro Squad’ kerana informasi tersebut dapat memberi kesan positif kepada generasi akan datang," kongsi Air Selangor di Facebook.

Menurut Air Selangor siri baharu itu memberi peluang kepada pengguna untuk mempelajari cara-cara memelihara, memulihara dan melindungi air demi kelestarian sumber alam.

Pada masa sama, orang ramai turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan memuat turun Water Handbook’ di www.airselangor.com/waterhandbook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.