ad
AGENDA

Pembangunan bersepadu rangsang ekonomi Sepang, Kuala Langat

27 Jul 2022, 7:52 AM
Pembangunan bersepadu rangsang ekonomi Sepang, Kuala Langat

SHAH ALAM, 27 JULAI: Sepang dan Kuala Langat bakal menerima tempias ekonomi menerusi Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) yang dianggarkan bernilai RM1 trilion.

Dato' Menteri Besar berkata daerah itu telah dikenal pasti bagi pembangunan berasaskan wilayah untuk memastikan pengagihan saksama bagi aktiviti ekonomi di negeri ini.

Menurut Dato' Seri Amirudin Shari, pembangunan pelaburan swasta bersepadu di dua daerah itu disokong penyediaan kelengkapan oleh negeri yang turut menyediakan insentif bersama kerajaan pusat.

"Ia merangkumi jumlah keluasan 40,000 ekar dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM1 trilion," katanya ketika membentangkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Pada 7 Julai, EXCO Perindustrian Dato’ Teng Chang Khim berkata usaha membawa projek berimpak tinggi ke selatan negeri bagi mengimbangi pembangunan supaya tidak tertumpu di Lembah Klang sahaja.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.