ad
AGENDA

Piala FA: Aksi separuh akhir pada 5, 6 Ogos

26 Jul 2022, 8:23 AM
Piala FA: Aksi separuh akhir pada 5, 6 Ogos

KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengesahkan perlawanan separuh akhir Piala FA akan berlangsung pada 5 dan 6 Ogos ini.

Menurut kenyataan MFL, aksi pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri akan berlangsung pada 5 Ogos manakala Terengganu FC (TFC) dan Selangor FC akan berentap di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus pada 6 Ogos.

Kedua-dua perlawanan separuh akhir itu dijadual bermula 9 malam.

Pada masa sama, MFL memaklumkan perlawanan Liga Super membabitkan TFC dan Selangor FC yang akan menentang lawan masing-masing pada 4 Ogos terpaksa dipinda susulan kemaraan kedua-dua pasukan ke separuh akhir Piala FA.

Berdasarkan tarikh baharu yang ditetapkan, TFC bakal bertemu Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 21 Ogos manakala Selangor FC akan menjadi tuan rumah kepada Petaling Jaya (PJ) City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari yang sama.

Venue bagi perlawanan akhir Piala FA setakat ini masih belum dimuktamadkan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.