ad
AGENDA

Jalan Pintasan Rawang ditutup sementara 31 Julai ini

25 Jul 2022, 3:24 PM
Jalan Pintasan Rawang ditutup sementara 31 Julai ini
Jalan Pintasan Rawang ditutup sementara 31 Julai ini

SHAH ALAM, 25 JULAI: Jalan Pintasan Rawang atau Rawang Bypass akan ditutup buat sementara kepada semua kenderaan pada 31 Julai ini.

Majlis Perbandaran Selayang (MSP) memaklumkan penutupan selama 12 jam itu bermula pada 12 tengah malam hingga 12 tengah hari.

"Penutupan ini bagi memberi laluan kepada penganjuran Selangor Bypass Half Marathon 2022. Sila gunakan laluan alternatif dan orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda," katanya di Facebook.

Selangor Bypass Half Marathon 2022 adalah acara larian anjuran Pejabat EXCO Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor.

Pertandingan itu bermula seawal jam 3 pagi membabitkan kategori 21 kilometer dan 12 kilometer.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.