AGENDA

Menteri: Sentiasa waspada ketika Aidiladha, elak kes Covid-19 meningkat

7 Jul 2022, 7:48 AM
Menteri: Sentiasa waspada ketika Aidiladha, elak kes Covid-19 meningkat

KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai agar terus berwaspada apabila menziarahi ahli keluarga mereka menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini bagi membendung peningkatan kes harian Covid-19.

Khairy menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau hari ini berkata orang ramai perlu memakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup dan sesak selain mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek - Uji, Lapor, Asing, Maklum, Dapatkan Rawatan).

“Lakukan ujian kendiri sebelum balik kampung,” katanya.

Beliau berkata sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas menyaksikan bilangan kes harian Covid-19 meningkat kepada 3,410 kes pada 12 Mei yang antara lain berpunca daripada peningkatan kadar pergerakan dalam masyarakat dan aktiviti berkumpulan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.