AGENDA

Skuad Piala Presiden di tangga kedua dalam kumpulan B

2 Jul 2022, 2:52 PM
Skuad Piala Presiden di tangga kedua dalam kumpulan B

SHAH ALAM, 2 JULAI: Skuad Piala Presiden Selangor FC meneruskan rentak kecemerlangan apabila menduduki tangga kedua dalam kumpulan B selepas melalui sembilan perlawanan.

Skuad muda gergasi merah itu kini mengumpul 18 mata selepas mencatat lima kemenangan, tiga keputusan seri dan satu kekalahan.

Setakat ini, 14 jaringan telah dihasilkan dalam sembilan perlawanan dengan Mustakim Mustapha menjadi penyumbang terbanyak dengan tiga jaringan.

“Selangor FC mengucapkan tahniah atas pencapaian setakat ini dan berharap pasukan Presiden Selangor akan teruskan perjuangan dengan aksi serta keputusan yang cemerlang,” kata kenyataan pasukan itu.

Berikut keputusan perlawanan pasukan Presiden Selangor setakat ini.

PJ City FC 0-0 Presiden Selangor

Terengganu FC III 0-0 Presiden Selangor

Presiden Selangor 2-1 Negeri Sembilan FC

PDRM FC 0-5 Presiden Selangor

Presiden Selangor 0-0 Melaka United FC

Presiden Selangor 0-3 JDT III

Negeri Sembilan FC 1-3 Presiden Selangor

Presiden Selangor 2-1 PDRM FC

Presiden Selangor 1-0 PJ City FC