ad
AGENDA

KDEBWM sasar lebih 120,000 pengguna iClean menjelang akhir tahun

25 Jun 2022, 12:20 AM
KDEBWM sasar lebih 120,000 pengguna iClean menjelang akhir tahun
KDEBWM sasar lebih 120,000 pengguna iClean menjelang akhir tahun

SHAH ALAM, 25 JUN: KDEB Waste Management (KDEBWM) menyasarkan lebih 120,000 pengguna aplikasi iClean Selangor sehingga hujung tahun ini.

Ketua media dan perhubungan awamnya berkata sejak dilancarkan enam tahun lalu, platform digital bagi urusan aduan sampah itu mencatatkan 96,000 pengguna setakat ini.

“iClean berjaya mengurus sisa domestik dan pembersihan awam negeri ini dengan baik. Pengguna dapat terus melaporkan kes sampah tidak dikutip dan tindakan segera dapat diambil,” kata Mahfuzah Muhamad Tarmidi kepada Selangorkini.

Justeru, beliau berkata pihaknya akan memanfaatkan siri Jelajah Selangor Penyayang di beberapa daerah di negeri ini bagi mempromosikan aplikasi berkenaan kepada pengunjung.

“Bukan hanya membantu mereka membuat pendaftaran tetapi akan ajar cara penggunaanya. Petugas akan tunjukkan cara yang betul.

“Dalam masa sama kita akan dengar sebarang aduan penduduk setempat bagi memastikan mutu perkhidmatan syarikat lebih baik,” katanya.

KDEBWM yang merupakan anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor memperkenalkan iClean Selangor pada Julai 2016.

Aplikasi berkenaan boleh dimuat turun di Google Play dan App Store, selain pengguna boleh menghubungi khidmat pelanggan di talian 1-800-88-2824/019-375 9592 atau WhatsApp menerusi 019-2742824.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.