AGENDA

Hujan lebat dijangka melanda enam daerah di Selangor, Putrajaya hingga jam 5 petang

15 Jun 2022, 5:50 AM
Hujan lebat dijangka melanda enam daerah di Selangor, Putrajaya hingga jam 5 petang

SHAH ALAM, 15 JUN: Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor serta Putrajaya dijangka dilanda hujan lebat dan angin kencang hingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan amaran sama turut dikeluarkan bagi Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; seluruh Melaka; Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor; seluruh Perlis; Langkawi, Kedah serta Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak.

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.