ad
AGENSI

200 ekor ayam terjual dalam Jelajah Jualan Ehsan di Kampung Tasik Permai

14 Jun 2022, 4:08 AM
200 ekor ayam terjual dalam Jelajah Jualan Ehsan di Kampung Tasik Permai

SHAH ALAM, 14 JUN: Ayam dan telur adalah produk jualan paling laris di Jelajah Jualan Ehsan di Kampung Tasik Permai, Ampang pada Sabtu lalu.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan sebanyak 200 ekor ayam dan 150 papan telur terjual pada jelajah bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari itu.

“Sambutan sangat menggalakkan apabila sebanyak 100 kilogram (kg) buah-buahan serta 40kg ikan turut terjual. Kehadiran ramai ini banyak di bantu ahli majlis yang menguar-uar mengenai jelajah jualan ini.

"Lokasi jelajah selepas ini akan dimaklum dari masa ke semasa menerusi Facebook PKPS," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Sejak Februari, Kerajaan Selangor melancarkan Program Intervensi Ehsan menerusi Jualan Prihatin Rakyat dan Jualan Prihatin Mega bagi meringankan beban masyarakat.

Pada 27 Mei lalu, EXCO Pertanian dan Asas Tani Ir Izham Hashim memaklumkan jumlah ayam untuk jualan murah pada bulan ini ditingkatkan dari 10,000 kepada 20,000 ekor sehari.

Katanya, peningkatan 10,000 ekor ayam berbanding perancangan awal itu disebabkan permintaan yang tinggi di Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.