SHAH ALAM, 14 JUN: Tiga daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat hingga jam 10 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah berkenaan adalah Klang, Kuala Langat dan Sepang.
Cuaca buruk sama diramal berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan, Melaka, Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian, Johor.
Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


