ad
AGENSI

Program jualan murah berlangsung sekali lagi di Taman Medan Ahad ini

10 Jun 2022, 9:15 AM
Program jualan murah berlangsung sekali lagi di Taman Medan Ahad ini

SHAH ALAM, 10 JUN: Jelajah Jualan Ehsan yang menjual barang basah segar pada harga murah diadakan sekali lagi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan pada Ahad.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan menggunakan lori di tapak pasar malam Ahad Taman Medan itu menjual ayam, ikan, daging, buah dan sayuran pada harga rendah daripada pasaran.

“Memandangkan sambutan menggalakkan pada minggu lalu, jadi kita anjurkan sekali lagi supaya penduduk mudah mendapatkan barang keperluan.

“Jadi kita pelawa penduduk sekitar datang membeli di situ kerana boleh berjimat disamping mendapat produk segar,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Agensi memaklumkan ayam standard dijual RM10.50 sekilogram (kg), ayam paket RM25 (2 kg) dan ayam paket ekonomi RM10 (800 gram).

Manakala daging serta tulang RM32 sekilogram dan ikan kembung dan selayang dijual RM8 perpek selain buah dan sayuran turut dijual dengan harga rendah.

Sejak Februari, Kerajaan Selangor melancarkan Program Intervensi Ehsan menerusi Jualan Prihatin Rakyat dan Jualan Prihatin Mega bagi meringankan beban masyarakat.

Program mencatatkan nilai jualan lebih RM3.7 juta itu menjual ayam standard pada harga RM12 seekor, daging pejal segar (RM35 perkilogram), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM8 perpek).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.