ad
PBT

MBPJ bakal keluar dasar baharu, atasi isu kenderaan terbengkalai

10 Jun 2022, 1:41 AM
MBPJ bakal keluar dasar baharu, atasi isu kenderaan terbengkalai

PETALING JAYA, 10 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mengeluarkan satu dasar khusus bagi menyelesaikan isu kenderaan terbengkalai.

Timbalan Datuk Bandar Sharipah Marhaini Syed Ali berkata dasar itu adalah susulan kurangnya kemampuan menyediakan tanah untuk dijadikan ruangan menyimpan.

"Kita ambil inspirasi program seperti ini supaya kereta terbengkalai ini dijadikan aset menggunakan kaedah tertentu.

"Buat masa ini, perbincangan sedang diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang mengambil masa beberapa bulan sebelum dasar dikeluarkan," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Hari Terbuka sempena Sambutan Alam Sekitar 2022 peringkat Petaling Jaya di Galeria PJ Eco Recycling Plaza di sini semalam.

Tambah beliau, antara kawasan yang mempunyai lambakan kereta terbengkalai ialah di kawasan flat dan kos rendah.

"Kereta terbengkalai ini mengakibatkan kekurangan tempat letak kenderaan dan mengganggu lalu lintas," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.