AGENDA

MB luncur dua buku terjemahan IBDE di pesta buku Kuala Lumpur

6 Jun 2022, 10:00 AM
MB luncur dua buku terjemahan IBDE di pesta buku Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Dato’ Menteri Besar meluncurkan dua buka terjemahan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 hari ini.

Buku pertama yang diluncur Dato’ Seri Amirudin Shari di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini ialah 'Mahligai Impian' tulisan pemenang nobel 1988, Naguib Mahfouz.

Buku kedua ialah 'Abu Bakar As Siddiq, Liku-liku Hayat dan Pemerintahan Khalifah Pertama' karya Menteri dan budayawan Mesir, Muhammad Hussien Haikal.

Amirudin ketika ditemui selepas program Sepetang Bersama Dato’ Menteri Besar Selangor berkata dua karya baharu itu adalah daripada lebih 40 buku yang diterbitkan Kerajaan Negeri.

“Satu buku mengenai tokoh penting iaitu Abu Bakar dalam dunia pemikiran, pemerintahan Islam selepas kewafatan Rasulullah di mana Abu Bakar menyambung menjadi khalifah pertama.

“Karya Naguib Mahfouz kualitinya tinggi kerana dia tokoh sasterawan dan budayawan di Mesir walaupun kontroversi tetapi amat dihormati,” katanya.

Pada program yang sama, Dato' Menteri Besar turut menyempurnakan Skim Pinjaman Tekonologi Asas Selangor (Sepintas) bagi pelajar tiada peranti elektronik.

Setakat ini sebanyak 50 keluarga dibantu menerusi Sepintas yang diperkenal Kerajaan Negeri pada November tahun lalu hasil kerjasama antara SmartSel dan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.