AGENDA

Negeri rekod pelaburan berpotensi RM960.7 juta di Dubai, 158 padanan niaga

20 Mei 2022, 6:10 AM
Negeri rekod pelaburan berpotensi RM960.7 juta di Dubai, 158 padanan niaga

SHAH ALAM, 20 MEI: Selangor merekodkan nilai pelaburan berpotensi sebanyak RM960.7 juta sepanjang promosi Minggu Selangor@Dubai Ekspo 2020 Dubai pada 6 hingga 12 Mac lalu.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata ekspo berkenaan turut meraih 158 padanan perniagaan dan 92 potensi kerjasama perniagaan dalam pelbagai sektor.

“Pencapaian ini mencerminkan keyakinan dunia perniagaan terhadap negeri ini,” katanya dalam kenyataan di Twitter rasminya hari ini.

Sebelum ini, EXCO pelaburan memaklumkan sebanyak lima kluster berteraskan industri diperkenal dan dipromosi sepanjang ekspo berkenaan.

Dato’ Teng Chang Khim berkata ia meliputi elektrik dan elektronik, bioteknologi, aeroangkasa, mesin dan peralatan serta makanan dan minuman.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.