AGENDA

Selangor giat rancakkan ekonomi, teroka peluang luar negara

18 Mei 2022, 3:10 AM
Selangor giat rancakkan ekonomi, teroka peluang luar negara

HULU LANGAT, 18 MEI: Selangor akan terus giat melaksana program yang dapat merancakkan ekonomi bagi menangani masalah inflasi pada masa akan datang.

Dato’ Menteri Besar berkata beliau bakal mengikuti misi antarabangsa membabitkan Eropah, Amerika Syarikat dan Korea hujung bulan ini hingga Jun bertujuan meningkatkan kegiatan ekonomi dan nilai pelaburan.

“Perancangan penuh sekarang fokus kepada merancakkan ekonomi. Kita sudah mulakan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) dan Pameran Udara Selangor (SAS) tahun lalu. Tahun ini kita anjurkan lagi,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor daerah Hulu Langat di Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi malam tadi.

Minggu lalu Amirudin memaklumkan Selangor mencatatkan nilai pelaburan tertinggi dalam negara lalu bagi sektor pembuatan melibatkan nilai RM7.5 bilion dan menyumbang lebih 14,000 peluang kerja.

Jelasnya rekod melalui 247 projek itu menjadi bukti keyakinan kukuh pelabur terhadap ekosistem perniagaan walaupun negeri berdepan cabaran pandemik Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.