AGENDA

Bomba selamatkan tiga individu terperangkap banjir di Hulu Selangor

16 Mei 2022, 1:09 PM
Bomba selamatkan tiga individu terperangkap banjir di Hulu Selangor
Bomba selamatkan tiga individu terperangkap banjir di Hulu Selangor

SHAH ALAM, 16 MEI: Hujan lebat lebih tiga di beberapa daerah di negeri ini bermula jam 12 tengah hari tadi menyebabkan berlakunya banjir kilat di Hulu Selangor.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM) menyelamatkan tiga individu termasuk seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam banjir kilat di Kampung Jawa, lapor Bernama.

Menerusi laporan Sinar Harian, antara kawasan terkesan ialah Kerling, Kampung Kelapa, depan persimpangan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Kubu Bharu serta perumahan Taman Serendah Makmur.

[caption id="attachment_521394" align="alignnone" width="775"] Laman rumah salah seorang penduduk di Hulu Selangor dinaiki air selepas hujan lebat lebih tiga jam melanda daerah itu pada 16 Mei 2022. Foto Facebook Pejabat Penerangan Hulu Selangor[/caption]

Sementara itu, Pejabat Penerangan Hulu Selangor memaklumkan paras air sungai di Kuala Kubu Bharu, Kampung Pertak dan Batang Kali meningkat mendadak susulan jumlah hujan melebihi kadar biasa.

"Agensi-agensi dari Jawatankuasa Bencana Daerah Hulu Selangor sedang giat menyelaraskan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terjejas.

"Awasi anak-anak anda. Jangan sesekali biarkan mereka bermain air banjir atau di saliran berhampiran bagi mengelakkan sebarang tragedi," tulisnya di Facebook.

Tambahnya, orang ramai boleh berkongsi keadaan banjir di lokasi masing-masing selain menghubungi pihak keselamatan berkenaan jika memerlukan bantuan.