ad
SELANGOR

287 keluarga terjejas akibat ribut, angin kencang di Tanjung Karang

12 Mei 2022, 12:32 PM
287 keluarga terjejas akibat ribut, angin kencang di Tanjung Karang

SHAH ALAM, 12 MEI: Seramai 287 keluarga terkesan akibat kejadian ribut dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di Tanjung Karang awal pagi semalam.

Kawasan yang terjejas ialah Batu 7, Sawah Sempadan, Tali Air 1-3, Sungai Sireh, Jalan Bernam, Sungai Burong dan Bagan Tengkorak, lapor Harian Metro.

Turut mengalami kejadian sama iaitu Batu 9, Parit 2, Parit 3, Parit 4, Kunci Air Buang, Kampung Haji Razali dan Sungai Kajang.

Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai mangsa akan tampil membuat laporan polis susulan bencana berkenaan.

Semalam tular di akaun Facebook I Love Tanjong Karang berhubung kejadian hujan lebat serta ribut dan angin kencang dengan penduduk tempatan berkongsi gambar dan video keadaan rumah mereka yang rosak susulan insiden berkenaan.

Bernama melaporkan salah seorang penduduk, Kamsiah Sanusi, 65, tidak menyangka beliau perlu mengeluarkan lagi modal untuk membaiki rumahnya yang rosak akibat bencana berkenaan selepas membelanjakan hampir RM25,000 bagi mengubah suai rumah sebelum Aidilfitri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.