ad
AGENDA

MB lancar karnival kerjaya, portal cari kerja

12 Mei 2022, 4:50 AM
MB lancar karnival kerjaya, portal cari kerja

SHAH ALAM, 12 MEI: Dato’ Menteri Besar melancarkan program Selangor Mega Job Fair di Dewan Pro Canselor Universiti Selangor (Unisel) di sini, hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut melancarkan portal pekerjaan selangorjobportal.com.my yang menghimpunkan senarai dan bidang pekerjaan serta majikan.

“Program ini dinantikan ramai setelah tertangguh dua tahun akibat Covid-19. Kita telah mengatur (karnival pekerjaan) mengikut kesesuaian pada 2020 dan 2021 dengan menjelajah ke setiap daerah,” katanya ketika berucap.

Turut hadir EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman serta Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

Karnival pekerjaan skala besar akan diadakan secara fizikal pada 11 dan 12 Jun di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas negara beralih ke fasa endemik.

Program selama dua hari menawarkan lebih 20,000 pekerjaan membabitkan 100 syarikat dalam sektor perkhidmatan, pembuatan, elektronik dan pengurusan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.