ADN

Covid-19: DUN Kampung Tunku tidak anjur rumah terbuka Aidilfitri

9 Mei 2022, 6:42 AM
Covid-19: DUN Kampung Tunku tidak anjur rumah terbuka Aidilfitri

PETALING JAYA, 9 MEI: Rumah terbuka Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku tidak akan diadakan, kata wakil rakyatnya.

Lim Yi Wei memaklumkan ia bertujuan mengelak penularan Covid-19 dalam kalangan komuniti.

"Walaupun negara sudah memasuki fasa peralihan endemik, kita tidak akan mengadakan rumah terbuka. Covid-19 masih ada dan kita tidak boleh lalai kerana kesannya berbeza bergantung kepada individu.

"Bagaimanapun, sumbangan dan bantuan kepada masjid dan rumah anak-anak yatim tetap diteruskan," katanya kepada Selangorkini.

Terdahulu, beliau melancarkan perkhidmatan e-panggilan van melalui aplikasi Kumpool Ride bermula Rabu ini.

Sebanyak 59 laluan disediakan untuk perkhidmatan tersebut merangkumi destinasi ke stesen Transit Aliran Ringan(LRT), masjid, rumah ibadat, restoran dan sekolah.

 

Apa reaksi anda?