ad
AGENDA

Lebih 5,000 pengunjung hadiri festival seni di Puchong

8 Mei 2022, 6:00 AM
Lebih 5,000 pengunjung hadiri festival seni di Puchong
Lebih 5,000 pengunjung hadiri festival seni di Puchong

SUBANG JAYA, 8 MEI: Lebih 5,000 pengunjung memeriahkan program Puchong Community Art Festival 2022 yang diadakan buat julung kali di Taman Rekreasi Wawasan Puchong di sini hari ini.

Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara Ng Sze Han berkata kehadiran itu amat memberangsangkan selepas negara beralih kepada fasa endemik pada 1 April lalu.

“Selepas dua tahun kita tanpa program dan hari ini penganjuran berskala besar di sini dapat menarik 5,000 penduduk untuk hadir bersama keluarga.

“Malah program ini juga berjaya menarik 50 peniaga dengan pelbagai jualan dan secara tidak langsung dapat merancakkan aktiviti ekonomi,” katanya.

[caption id="attachment_520015" align="alignnone" width="866"] Pelbagai gerai jualan menyertai Puchong 2022 Community Art Festival di Taman Wawasan, Subang Jaya pada 8 Mei 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Antara aktiviti diadakan adalah persembahan kesenian, pameran dan pertandingan fotografi, pertandingan mewarna khusus untuk kanak-kanak serta galeri dan sejarah Puchong.

Program bermula jam 8 pagi hingga 2 petang itu turut mengangkat tiga haiwan sebagai simbol Puchong iaitu burung pucung, buaya dan ular.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.