AGENDA

Aliran trafik di lebuhraya menghala utara, selatan perlahan malam ini 

2 Mei 2022, 3:15 PM
Aliran trafik di lebuhraya menghala utara, selatan perlahan malam ini 

KUALA LUMPUR, 2 MEI: Aliran trafik di beberapa lebuh raya serta jalan utama menuju ke utara dan selatan, bergerak perlahan malam ini berikutan masih ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung sempena Aidilfitri hari ini.

Tinjauan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 10 malam ini mendapati, aliran trafik perlahan di laluan Simpang Pulai ke Ipoh (Selatan).

Selain itu, aliran trafik juga perlahan di laluan dari Sedenak ke Hentian Sebelah Kulai arah selatan, dengan jangkaan kelewatan masa perjalanan.

Sementara itu, maklumat awal LLM memaklumkan terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta di Kilometer 20 arah barat dari Batu Kawan ke Batu Maung, pada pukul 9.47 malam tadi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.