AGENDA

Masjid satukan rakyat dengan kerajaan, bantu selesai isu setempat

20 Apr 2022, 2:10 AM
Masjid satukan rakyat dengan kerajaan, bantu selesai isu setempat

AMPANG, 20 APRIL: Ahli jawatankuasa masjid negeri ini berperanan penting dalam menghubung serta menyatukan masyarakat dengan kerajaan, kata Dato' Menteri Besar.

Menurut Dato' Seri Amirudin Shari, kumpulan itu bukan sahaja berfungsi dalam perkara berkaitan ibadah sebaliknya turut membantu menyelesaikan masalah komuniti.

"Sebab itu pergerakan masjid perlu fleksibel dan kita sangat menghargainya seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan, ada masjid yang membuat bakul makanan dan menyediakan tempat pemindahan sementara semasa banjir.

"Justeru, fungsi masjid di negeri ini harus dipergiat dan ditambah baik supaya menjadi penyatu kepada masyarakat," katanya ditemui pada program tarawih dan penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada masjid, surau dan penduduk sekitar Ampang semalam.

Melalui program tersebut, empat masjid di daerah itu masing-masing menerima RM5,000 sumbangan Kerajaan Negeri manakala 23 surau menerima RM20,000.

Masjid tersebut ialah Masjid Bandar Baru Ampang, Masjid Bukit Antarabangsa, Masjid Ukay Perdana dan Masjid Jami'ilhuda , Kampung Melayu Ampang.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.