AGENDA

Unisel antara terawal laksana kelas dalam talian, bantu pelajar tempoh pandemik

12 Apr 2022, 3:34 PM
Unisel antara terawal laksana kelas dalam talian, bantu pelajar tempoh pandemik

KUALA SELANGOR, 12 APRIL: Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dan mengenal pasti kaedah terbaik untuk memastikan kelestarian pentadbiran Universiti Selangor (Unisel).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut untuk memastikan Unisel terus bertahan meskipun menghadapi rintangan dalam tempoh pandemik.

“Contohnya seperti program pendidikan dalam talian. Unisel antara universiti yang mengambil langkah cepat untuk sesuaikan keadaan, serap dengan begitu cepat yang mana mempunyai 1,000 jam pembelajaran dalam talian.

“Maklum balas diterima pelajar yang mengikuti pembelajaran dalam talian dibuat Unisel mendapati 80 peratus baik serta berkesan kepada mereka sehingga dapat konvokesyen ,” katanya pada Majlis Iftar Perdana di Dewan Konvo Unisel kampus Bestari Jaya di sini, hari ini.

Terdahulu, seramai 2,000 kakitangan dan pelajar Unisel diraikan dalam Majlis Iftar Perdana bersama Dato’ Menteri Besar.

Amirudin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah di Masjid Unisel Bestari Jaya selain menyampaikan sumbangan duit raya kepada 100 pelajar asnaf.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.