ad
AGENDA

MB rai 2,000 kakitangan dan pelajar Unisel berbuka puasa

12 Apr 2022, 12:41 PM
MB rai 2,000 kakitangan dan pelajar Unisel berbuka puasa
MB rai 2,000 kakitangan dan pelajar Unisel berbuka puasa

KUALA SELANGOR, 12 APRIL: Seramai 2,000 kakitangan dan pelajar Universiti Selangor (Unisel) diraikan dalam Majlis Iftar Perdana bersama Dato’ Menteri Besar hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari tiba di Dataran Konvo Unisel, Kampus Bestari Jaya jam 6.45 petang diiringi Presiden dan Naib Canselor Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

Turut hadir, EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli.

Amirudin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah di Masjid Unisel Bestari Jaya di sini.

[caption id="attachment_516547" align="aligncenter" width="500"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (duduk, tengah) menghadiri Majlis Iftar Perdana Universiti Selangor (Unisel) kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 12 April 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.