ad
AGENDA

MB: Bantuan baik pulih sekolah dibuka sehingga 31 Mac

17 Mac 2022, 3:28 AM
MB: Bantuan baik pulih sekolah dibuka sehingga 31 Mac
MB: Bantuan baik pulih sekolah dibuka sehingga 31 Mac

SHAH ALAM, 17 MAC: Program Bantuan Sekolah Selangor kini dibuka sehingga 31 Mac, maklum Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata program itu menawarkan bantuan membaik pulih infrastruktur atau membiayai pembinaan struktur baharu.

Menurut beliau usaha itu bukti Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan agenda pendidikan di Selangor.

Menerusi poster dikongsi beliau di Facebook, permohonan boleh dibuat oleh pihak sekolah, lembaga pengelola serta Persatuan Ibu Bapa (PIBG) sekolah menerusi laman sesawang www.ssipr.selangor.gov.my

Berikut sekolah yang layak memohon:

- Sekolah agama rakyat / sekolah agama integrasi (berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor)

- Maahad integrasi tahfiz sains

- Sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC)

- Sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT)

- Sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) termasuk sekolah menengan persendirian

- Sekolah mubaligh

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.