AGENDA

Agong berkenan serah sumbangan peribadi buat mangsa banjir di Kampung Baru

8 Mac 2022, 1:05 PM
Agong berkenan serah sumbangan peribadi buat mangsa banjir di Kampung Baru

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyerahkan sumbangan peribadi kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini.

Istana Negara menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya memaklumkan sumbangan berkenaan disampaikan oleh Juruiring Tentera Darat Baginda, Brigadier Jeneral Datuk Sharizan Wan Chik.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka,” menurut kenyataan itu.

Semalam beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan penduduk yang terjejas terpaksa dipindahkan ke PPS.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.