ad
AGENDA

Struktur menara telekomunikasi disita akibat pemilik abai notis awal

2 Mac 2022, 12:03 PM
Struktur menara telekomunikasi disita akibat pemilik abai notis awal

SHAH ALAM, 2 MAC: Angkara mengambil mudah notis yang dikeluarkan pihak berkuasa, bahan binaan struktur menara telekomunikasi milik syarikat swasta disita Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Yang Dipertuanya berkata bahan binaan itu diletakkan di tempat awam di Kampung Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu tanpa kebenaran.

"Dalam operasi yang dijalankan di lokasi itu semalam, kita dapati syarikat terbabit masih tidak mengalihkan bahan binaan terbabit, walaupun notis awal sudah dikeluarkan pada 14 Januari lalu.

"Tindakan menyita terpaksa dilakukan kerana mereka gagal mematuhi notis terbabit," kata  Mohd Hasry Nor Mohd dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi pemindahan itu dijalankan mengikut Seksyen 46(3) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 oleh kakitangan jabatan bangunan, penguatkuasa dan panel kontraktor.

Beliau berkata, kesemua barang yang disita dibawa ke depoh penguatkuasa untuk tindakan selanjutnya.

"MPHS tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan mana-mana barang yang disita," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.