ad
AGENDA

Jepun serah keperluan cegah Covid-19 kepada Jabatan Penjara

18 Feb 2022, 9:10 AM
Jepun serah keperluan cegah Covid-19 kepada Jabatan Penjara

KUALA LUMPUR, 18 FEB: Kerajaan Jepun hari ini menyerahkan sumbangan barangan pencegahan COVID-19 bernilai AS$450,000 (RM1.88 juta) sebagai sokongannya untuk mengukuhkan sistem penjara dengan menangani masalah kesesakan dan meningkatkan respons Covid-19 dalam penjara di rantau Asia Tenggara.

"Barangan itu diserahkan kepada Jabatan Penjara Malaysia, melalui Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC)," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kedutaan Jepun di sini.

Penyerahan yang merangkumi 20,000 unit kit ujian kendiri (air liur) ujian antigen Covid-19 dan 5,000 unit sut bertutup pengasingan pembedahan dengan pelindung but, sebagai tanda persahabatan dan kerjasama yang sekian lama terjalin sekian di antara Jepun, Malaysia dan UNODC.

Dengan disaksikan oleh duta Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko, sumbangan itu diserahkan oleh Penyelaras Pejabat UNODC di Malaysia, Asma Sainkoudje kepada Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhammad.

"Sejumlah AS$6,404,545 (RM26.8 juta) telah disumbangkan kepada bidang kerjasama lain di Asia Tenggara melalui UNODC pada 2021," tambah kenyataan itu. (AS$1 = RM4.18)

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.