AGENSI

Mais agih sumbangan RM57,600 kepada mangsa banjir di Kuala Selangor

6 Feb 2022, 2:50 AM
Mais agih sumbangan RM57,600 kepada mangsa banjir di Kuala Selangor

SHAH ALAM, 6 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meneruskan usaha membantu mangsa banjir dengan menyalurkan bantuan set makanan asasi berjumlah RM57,600, semalam.

Agensi itu memaklumkan sumbangan 576 set makanan itu diagih kepada mangsa di tiga kawasan di Kuala Selangor iaitu Kampung Asahan, Kampung Tanjung Siam dan Kampung Parit Mahang.

"Alhamdulillah, bantuan itu adalah hasil sumbangan Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan Majlis Agama Islam Sabah.

"Semoga bantuan ini dapat meringankan beban kesemua mangsa yang terkesan akibat banjir dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Pada 8 Januari lalu dilaporkan, Mais memperuntuk sebanyak RM38.1 juta bagi membantu mangsa banjir negeri ini yang terjejas dalam insiden 17 Disember lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sumbangan membabitkan wang tunai, set makanan asasi, keperluan asas, pakaian sekolah, peralatan pembersihan dan baik pulih kerosakan.

Selain itu, katanya, agensi itu turut menerima sumbangan dari Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Pusat Zakat Negeri kepada mangsa banjir di negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.