AGENDA

Paip pecah: Bekalan air 142 kawasan di Petaling, Klang pulih awal pagi esok

26 Jan 2022, 10:15 AM
Paip pecah: Bekalan air 142 kawasan di Petaling, Klang pulih awal pagi esok

SHAH ALAM, 26 JAN: Kerja pembaikan paip pecah di Seksyen 15 dekat sini, giat dijalankan bagi memastikan agihan bekalan air bersih kepada pengguna, maklum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Syarikat itu dalam kenyataan di Twitter berkata kerja bermula jam 3 petang tadi dijangka siap sepenuhnya 3 pagi esok sebelum air disalur secara berperingkat kepada premis terjejas.

"Bekalan air kepada pengguna di kawasan terjejas baru sahaja ditutup bermula jam 3 petang untuk memberi ruang kepada Air Selangor menjalankan kerja pembaikan paip pecah yang disebabkan oleh pihak ketiga," katanya.

Sebelum itu, syarikat tersebut memaklumkan kerja kecemasan dibuat berpunca daripada pembangunan jalan berdekatan Lebuhraya Persekutuan oleh pihak ketiga semalam.

Insiden berkenaan menjejaskan bekalan air di 142 kawasan di Petaling dan Klang.

Susulan itu, bantuan alternatif melalui lori tangki digerakkan ke kawasan terjejas yang mengutamakan premis kritikal sepanjang tempoh gangguan tidak berjadual.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua saluran komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Instagram, Twitter dan laman sesawang www.airselangor.com.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.