BERITA UTAMA

MPAJ: Bayar cukai taksiran, peluang menang kereta

24 Jan 2022, 12:13 AM
MPAJ: Bayar cukai taksiran, peluang menang kereta
MPAJ: Bayar cukai taksiran, peluang menang kereta

SHAH ALAM, 24 JAN: Warga Ampang berpeluang memenangi hadiah utama sebuah kereta dengan membayar cukai taksiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Agensi itu memaklumkan cabutan bertuah dengan hadiah bernilai lebih RM300,000 itu adalah sempena 30 tahun penubuhan MPAJ.

"Caranya mudah sahaja dengan membuat bayaran cukai taksiran MPAJ tahun 2022 melalui Icomm MPAJ di pautan https://icomm.mpaj.gov.my atau boleh download di Google Play atau App Store," katanya di Facebook.

Penyertaan bermula dari 1 Januari hingga 28 Februari bagi penggal pertama dan 1 Julai hingga 31 Ogos bagi penggal kedua.

Keterangan lanjut boleh layari www.mpaj.gov.my

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.