ad
AGENDA

Raja Muda dilantik Pro Canselor UPM, berkenan kurnia ijazah kepada 954 graduan

15 Jan 2022, 11:44 AM
Raja Muda dilantik Pro Canselor UPM, berkenan kurnia ijazah kepada 954 graduan
Raja Muda dilantik Pro Canselor UPM, berkenan kurnia ijazah kepada 954 graduan

SHAH ALAM, 15 JAN: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pemahsyuran disempurnakan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang merupakan Canselor UPM pada Rabu lalu di Istiadat Konvokesyen ke-44.

Pelantikan berkuatkuasa selama tiga tahun bermula Oktober 2021 hingga Oktober 2024 itu turut melibatkan Prof Emeritus Datuk Dr Ir Muhamad Zohadie Bardaie dan Prof Emeritus Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim untuk jawatan sama.

Facebook Selangor Royal Office memaklumkan selepas pemahsyuran terbabit Tengku Amir berkenan mengurniakan ijazah kepada 954 graduan.

Sultan Sharafuddin berkenan mengabadikan gambar bersama Tengku Amir yang baharu dilantik sebagai Pro Canselor UPM.

[caption id="attachment_504860" align="aligncenter" width="547"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang juga Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) berkenan mengabadikan gambar bersama DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang baru dilantik sebagai Pro Canselor UPM. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.