ad
EXCO

EXCO puji anggota penguat kuasa, tenang berdepan provokasi

6 Jan 2022, 2:44 PM
EXCO puji anggota penguat kuasa, tenang berdepan provokasi

SHAH ALAM, 6 JAN: EXCO kerajaan tempatan memuji tindakan seorang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) yang tenang mengendalikan provokasi seorang lelaki ketika bertugas pada Selasa.

Ng Sze Han berkata tugas menguatkuasa undang-undang bukan mudah kerana perlu bertindak terhadap aduan penduduk dan pada masa berdepan kecaman jika tindakan diambil terhadap pelakunya.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pegawai penguat kuasa MPKS dalam video berkenaan yang tenang mengendalikan situasi itu. Beliau tidak bertindak balas. Ini satu contoh yang baik," katanya di Facebook hari ini.

Sze Han turut mengingatkan adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak menghalang tugas penjawat awam.

Kejadian pada 9.45 pagi di Saujana Utama, Sungai Buloh itu berlaku ketika anggota terbabit memantau bayaran kupon parkir.

Anggota penguat kuasa MPKS itu tiba-tiba dihampiri lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat serta ancaman kerana tidak berpuas hati selepas dikompaun kerana meletakkan motosikal di petak orang kelainan upaya (OKU).

Susulan itu anggota berkenaan membuat laporan di Balai Polis Saujana Utama kerana diugut dan menghalang tugasnya sebagai penjawat awam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.