ad
AGENDA

Lima PBT selesai kerja bersih sampah banjir, tiga lagi capai 92 peratus

6 Jan 2022, 9:50 AM
Lima PBT selesai kerja bersih sampah banjir, tiga lagi capai 92 peratus

SHAH ALAM, 6 JAN: Lima pihak berkuasa tempatan (PBT) selesai menjalankan operasi pembersihan sisa pascabanjir sepenuhnya setakat semalam.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata tiga lagi PBT sedang giat menjalankan kerja pembersihan dengan purata lebih daripada 92 peratus.

Jelas beliau perkembangan terbaharu itu menunjukkan keseluruhan operasi pembersihan dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

"Majlis Bandaraya Subang Jaya telah mencatatkan 92 peratus bagi status operasi pembersihan.

"Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Klang pula mencatatkan 95 peratus,"katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, berdasarkan info grafik yang dikongsi Amirudin, lima PBT yang telah selesai kerja pembersihan ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan Majlis Perbandaran Kuala Langat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.